Rabu, 1 Februari 2017 | 1:41pm

Harga minyak jatuh akibat bekalan tinggi

SINGAPURA: Harga minyak menurun hari ini, terjejas oleh bekalan tinggi yang berterusan di sebalik pemotongan pengeluaran yang dipimpin oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), namun harga kekal dalam jajaran perdagangan sempit sejak akhir bulan Januari.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, diniagakan pada AS$55.44 setong pada 0423 GMT, turun 14 cen daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) berada pada AS$52.74 setong, turun 7 cent.

Peniaga berkata, kenaikan dilaporkan dalam inventori mentah AS telah memberi tekanan ke atas harga.

"Laporan mengenai inventori mentah yang berada pada paras lebih tinggi dari dijangka 5.8 juta tong oleh Institut Petroleum Amerika (API) menyaksikan Brent dan WTI cepat memberi semula ... keuntungan," kata Jeffrey Halley, penganalisis kanan pasaran broker hadapan Oanda di Singapura.

Data API menunjukkan dagangan inventori minyak mentah AS kini berjumlah 488 juta tong. - Reuters

Berita Harian X