Sabtu, 20 Disember 2014 | 10:35am
KELIHATAN mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Pandan sedang berehat ketika tinjauan di sini, semalam. Seramai 883 mangsa daripada 235 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan ini yang datang dari Kampung Pandan, Chendering dan Lubuk Puyu. - Foto BERNAMA

Jumlah mangsa banjir menurun di Kuantan

MANGSA banjir mengambil makan tengahari semasa berada di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Pandan di sini, semalam. Makanan dimasak oleh anggota Tentera Darat dari Kem Batu Sepuluh dengan dibantu oleh mangsa banjir dan penduduk kampung. - Foto BERNAMA

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di daerah ini pagi ini menurun kepada 1,449 orang membabitkan 408 keluarga berbanding 1,601 orang pada lewat malam malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, tujuh pusat penempatan banjir masih dibuka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Samad, Dewan Orang Ramai Seri Damai, SMK Gudang Rasau, Pusat Bina Insan Jaya Gading, Dewan Orang Ramai Kampung Semangat dan Balai Raya Kampung Sungai Soi.

"Jumlah mangsa di pusat pemindahan SMK Pandan paling tertinggi iaitu seramai 893 mangsa membabitkan 238 keluarga.

"Di SK Fakeh Samad, ia menempatkan seramai 233 mangsa membabitkan 45 keluarga, SMK Gudang Rasau (175 mangsa, 79 keluarga), Pusat Bina Insan Jaya Gading (48 mangsa, 12 keluarga), Dewan Orang Ramai Kampung Selamat (lima mangsa, dua keluarga), Dewan Orang Ramai Seri Damai (91 mangsa, 31 keluarga) dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (empat mangsa, satu keluarga)," katanya di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X