Selasa, 31 Januari 2017 | 1:16pm

TPM tiba di Brunei untuk lawatan rasmi


AHMAD Zahid disambut oleh Menteri Luar Negeri dan Perdagangan II Brunei Darussalam, Pehin Dato Seri Setia Lim Jock (kiri) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam hari ini untuk lawatan rasmi satu hari ke Brunei. - Foto BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi tiba di sini sempena lawatan rasmi pertamanya ke Brunei sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Industri Brunei, Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Awang Mohammad Yasmin Umar.

Timbalan Perdana Menteri dijadual mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, jam 2 petang ini.

Selepas itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Awang Abu Bakar Apong di Hotel Empire & Country Club.

Pada sebelah malam, Timbalan Perdana Menteri dijadual hadir Majlis Santapan Malam Rasmi dihoskan oleh Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah di Istana Qashr Al-Meezan.

20 dibaca
Berita Harian X