Sabtu, 20 Disember 2014 | 1:07am

Bekas ADUN Tawang meninggal dunia akibat kencing manis

Kota Bharu: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tawang, Idris Ahmad, 75, meninggal dunia malam tadi di rumahnya akibat kencing manis.

Allahyarham yang juga bekas Yang Dipertua PAS Bachok meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam di rumahnya di Kampung Pak Pura, dekat Bachok.

Adik ipar Allahyarham, Basri Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan, adik iparnya sempat mengadu sakit untuk membuang air kecil dengan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas Solat Zohor.

11 dibaca
Berita Harian X