Isnin, 30 Januari 2017 | 3:04pm
KEADAAN salah sebuah rumah yang hangus dalam kejadian tiga deretan rumah teres setingkat terbakar di Jalan Kebudayaan 34, Taman Universiti dekat Skudai. NSTP/Ihsan Bomba Johor
KENDERAAN milik mangsa yang turut hangus.

3 rumah, kereta dan motosikal musnah terbakar

JOHOR BAHRU: Sebanyak tiga rumah teres, dua kereta dan motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Kebudayaan 34, Taman Universiti di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Pulai, Azrai Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.09 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, bagaimanapun kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

"Kebakaran membabitkan tiga rumah teres setingkat jenis kekal selain sebuah PERODUA Myvi, Kenari serta motosikal Yamaha 125 dan LC135.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi pemadaman ditamatkan pada jam 10.20 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian X