Isnin, 30 Januari 2017 | 12:43pm

Polis maut nahas di Jambatan Pulau Pinang


MUHAMMAD Afiq Hafizul Amri ditemui terapung di tepi kolam ikan sedalam tiga meter, kira-kira 10 meter jarak dari belakang rumah di Kampung Gaung, Beta Hilir, Kota Bharu. -Foto Nik AbdullaH NiK Omar

GEORGETOWN: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Prai, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Hasni Hassan, 53, yang bertugas di Balai Polis Bayan Lepas maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan, berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang Hasni melanggar belakang kereta yang dipandu wanita berusia 44 tahun.

"Ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seberang Jaya.

"Pemandu wanita yang turut membawa anaknya berusia 13 tahun cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan," katanya.

Nik Ros berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X