Khamis, 26 Januari 2017 | 6:55pm

Harga getah melonjak kepada RM9.93 sekilogram

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, hari ini selepas menjejaki Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) dan dirangsang oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Penanda aras niaga hadapan getah TOCOM yang menentukan rentak harga getah tayar di Asia Tenggara, meningkat 1.2 peratus, mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir empat tahun.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 melonjak 26 sen kepada RM9.935 sekilogram, manakala susu getah pukal meningkat sebanyak RM1.85 kepada RM7.87 sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi gred tayar SMR 20 menokok sebanyak 19.5 sen kepada RM9.995 sen sekilogram manakala susu getah pukal melonjak 17 sen kepada RM7.94 sekilogram. - BERNAMA

13 dibaca
Berita Harian X