Rabu, 25 Januari 2017 | 8:57pm

Jari kanak-kanak tersepit dalam mesin


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari telunjuk seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun yang tersepit dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, Kulai. - Foto ihsan bomba Johor

KULAI: Tindakan seorang kanak-kanak memasukkan jarinya ke dalam lubang mesin permainan mengundang padah apabila jari telunjuknya tersepit, dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, anggota bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan jari kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Murid sekolah agama itu dipercayai memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang mesin permainan ketika cuba mengeluarkan bebola dalam mesin terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Zuhairi Rozali, berkata bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan, dengan mengumpil serta membuka mesin permainan itu menggunakan pemutar skru.

"Jari kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dan tiada kecederaan, hanya kemerah-merahan kesan akibat tersepit," katanya.

15 dibaca
Berita Harian X