Rabu, 25 Januari 2017 | 6:53pm

Harga getah melonjak kepada RM9.675 sekilogram


PERMINTAAN terhadap getah asli oleh pihak industri terus meningkat. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, hari ini selepas menjejaki Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) yang lebih kukuh.

Penanda aras niaga hadapan getah TOCOM yang menentukan rentak harga getah tayar di Asia Tenggara, meningkat (+0.3 peratus) untuk hari kedua berturut-turut di belakang yen yang lemah dan ini menimbulkan minat belian baharu.

Ringgit, yang susut kepada kepada 4.4370 berbanding dengan 4.3330 semalam, turut memberikan sokongan kepada permintaan jangka pendek bagi komoditi itu, kata peniaga.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 melonjak sebanyak 25.5 sen kepada RM9.675 sekilogram, manakala susu getah pukal meningkat sebanyak sembilan sen kepada RM7.685 sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi gred tayar SMR 20 menokok sebanyak 24 sen kepada RM9.80 sekilogram manakala susu getah pukal melonjak 16 sen kepada RM7.77 sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X