Selasa, 24 Januari 2017 | 8:17am

Polis KL keluar 469 saman


OPS Cegah Kemalangan/Penyuraian/Halangan di sekitar ibu negara malam tadi. - Foto Facebook rasmi PDRM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 469 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam Ops Cegah Kemalangan/Penyuraian/Halangan di sekitar ibu negara malam tadi.

Operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu mendapati antara kesalahan ialah tiada lesen memandu dan lesen tamat tempoh.

"Kesalahan tiada lesen memandu adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 129 saman, 59 bagi kesalahan lesen tamat tempoh manakala 83 lagi saman atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.

"Saman turut dikeluarkan atas lain-lain kesalahan seperti tiada cermin sisi, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut peraturan, gagal mempamerkan cukai jalan dan halangan lalu lintas," menurut kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berita Harian X