Isnin, 23 Januari 2017 | 7:33pm

Mayat ke-10 nahas bot karam ditemui

bhjb.com.my


OPERASI mencari dan menyelamat oleh Angkatan Pertahanan Awam dan polis bagi menaikkan bot pancung yang karam di perairan Tanjung Rhu, Mersing, hari ini. - Foto Hairul Anuar Rahim

MERSING: Polis menemui satu lagi mayat lelaki dipercayai mangsa tragedi bot karam yang membawa 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia, sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata mayat ditemui terdampar pada kira-kira jam 6.15 petang di pantai Tanjung Rhu di sini.

"Penemuan itu menjadikan mayat ditemui meningkat kepada 10 setakat petang ini dan ada lagi yang dikhuatiri lemas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kira-kira jam 9 pagi tadi, sembilan mayat termasuk enam wanita ditemui terdampar di pantai berkenaan oleh nelayan tempatan yang mencari kupang.

Bot pancung yang membawa 40 PATI warga Indonesia dari Batam itu, dipercayai karam di perairan Tanjung Rhu pada jam 4.30 pagi tadi.

106 dibaca
Berita Harian X