KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand terikat 1-1 selepas tamat separuh masa pertama final pertama, Piala AFF Suzuki di Stadium Rajamangala di Bangkok, malam ini.
Malaysia menggunakan format 4-4-1-1 yang lebih terarah kepada aspek bertahan manakala tuan rumah pula menggunakan 4-2-3-1 untuk bergerak agresif mencari gol lebih awal.
Perlawanan agak seimbang antara kedua-dua pasukan tetapi Thailand menunjukkan penguasaan lebih dengan 60 peratus manakala pelawat memiliki 40 peratus.
Pemain pertahanan, Fadhli Shas yang dilayangkan kad kuning pada minit ke-33 nyaris menghadiahkan gol pertama untuk tuan rumah hasil kelekaan mengawal kubu.
Namun, pasukan negara bernasib baik usaha daripada penyerang, Adisak Kraisorn pada minit ke-44 tersasar buat melegakan penyokong Harimau Malaya.
THAILAND
Kawin Thammasatchanan (kapten), Narubodin Weerawatnodom, Suttinan Phukhom, Tanaboon Kesarat, Peerapat Notchaiya, Mongkol Thosakrai, Charyl Chappuis, Sarach Yooyen, Kroekrit Thaweekarn, Chanathip Songkrasin, Adisak Kraisorn
MALAYSIA
Farizal Marlias, S Kunanlan, Shukor Adan (kapten), Fadhli Shas, Zubir Azmi, Azammuddin Akil, Safiq Rahim, Badhri Radzi, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha.
PENGADIL: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)