Ahad, 22 Januari 2017 | 4:37pm

Gintell tawar diskaun produk kerusi urutan

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, syarikat produk urutan kesihatan Gintell menawarkan diskaun dengan pakej istimewa untuk empat jenis kerusi urut keluarannya.

Kerusi urutan masing-masing dinamakan De' Wise Care, De'Wise Wisdomatic, De'Vas HD dan De' Vano S FUNtastic Sofa sudah berada di pasaran tempatan ketika ini.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi Gintell, Aly Wong, berkata tawaran terhad itu diberikan sehingga 11 Februari ini.

"Kami memberi peluang dan ganjaran kepada orang ramai dengan menawarkan diskaun sehingga RM10,988 atau RM 305.22 sebulan, selain pelbagai hadiah lain bagi kerusi urut De' Wise Care dan De'Vano S FUNtastic Sofa pada harga RM3,988 atau RM110.78 sebulan.

"Pelbagai pakej ditawarkan pada harga menarik termasuk kerusi De'Wise Wisdowmatic yang diberi rebat sehingga RM5,000.

"Pakej kombo kerusi urutan De'Vas dan mesin senaman Gintell i-So Curve hanya RM7,988 atau RM221.89 sebulan," katanya pada program Ramah Mesra Gintell di Sunway Velocity Mall di sini, hari ini.

Hadir sama, selebriti terkenal antarabangsa yang juga duta syarikat itu, Amber Chia.

Wong berharap orang ramai mengambil kesempatan itu untuk mengutamakan kesihatan dengan membeli produk Gintell.

Sempena Tahun Ayam, katanya, Gintell menjadikan tema `Kesejahteraan Hidup, Kesihatan Badan' sebagai matlamat memberi kehidupan sejahtera kepada pelanggan.

Berita Harian X