Khamis, 19 Januari 2017 | 11:58am

PRK Tanjong Datu 18 Feb

PUTRAJAYA: Tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N 03 Tanjong Datu, Sarawak ditetapkan pada 18 Februari ini manakala penamaan calon pada 4 Februari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata mesyuarat menentukan tarikh berkenaan sebentar tadi, turut menetapkan 12 Februari sebagai tarikh pengundian awal.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 Mei tahun lalu, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan, dengan majoriti 5,892 undi.

Jazolkipli hanya meraih 468 undi manakala Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006.


MOHD Hashim (kiri) bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya N 03 Tanjong Datu, Hamsein Atardi melihat peta kawasan PRK Tanjong Datu di Menara SPR, Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
LAMAN rasmi Dewan Undan Negeri Sarawak di http://www.dun.sarawak.gov.my/modules/web/index.php
Berita Harian X