Rabu, 18 Januari 2017 | 7:22pm

Modenas, Kawasaki perbaharui kerjasama

KUALA LUMPUR: Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), unit DRB-HICOM Bhd memeterai urus niaga berulang pihak berkaitan (RRPT) dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd bernilai RM68.9 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, DRB-HICOM berkata teras transaksi itu termasuk bekalan bantuan sokongan, pembayaran royalti dan bekalan komponen unit pemasangan tempatan (CKD) motosikal oleh Kawasaki kepada Modenas serta bekalan komponen kepada Kawasaki oleh Modenas.

"RRPT yang dimeterai Modenas adalah wajar bagi operasi harian dan sememangnya disenaraikan dalam kelaziman perniagaan Modenas.

"Ia ditandatangani pada asas setara dan berdasarkan terma komersial biasa yang tidak memihak kepada pihak berkaitan berbanding untuk awam," katanya.

Kawasaki memiliki 19 peratus kepentingan dalam Modenas. - Bernama

Berita Harian X