Selasa, 17 Januari 2017 | 11:59am

Sanchez gembira bersama Arsenal


ALEXIS Sanchez

LONDON: Alexis Sanchez mengakui amat gembira bersama Arsenal dan berharap dapat menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Liga Juara-Juara bersama kelab itu.

Bekas pemain Barcelona itu bersama rakan sepasukan, Mesut Ozil, memiliki baki kontrak 18 bulan bersama Gunners dan difahamkan perbincangan mengenai lanjutan kontrak tergantung berikutan masa depan pengurus, Arsene Wenger dan gaji.

Pemain dari Chile itu senada dengan Ozil yang dinobatkan anugerah Pemain Terbaik Jerman buat kali kelima dan membalas sokongan padu peminat dengan menjulang trofi.

"Saya berasa seperti pemain penting dan rakan sepasukan mengingatkan saya setiap hari," kata Sanchez dalam laman YouTube rasmi Arsenal.

"Saya cuba membuktikan saya adalah pemain penting setiap hari dan selepas perlawanan.

"Saya percaya kami mempunyai pemain dan kualiti untuk memenangi banyak perkara. Saya gembira dan selesa di kelab ini. Saya mahu membawa gelaran buat peminat.

"Kami sentiasa mendapat sokongan penyokong tidak kira ketika naik atau turun. Ia hebat dan kita perlu memenangi Liga Perdana atau Liga Juara-Juara untuk mereka."

Begitupun, Sanchez dan Ozil jelas kecewa apabila dikeluarkan ketika Arsenal mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Swansea City, minggu lalu. - AGENSI

Berita Harian X