Isnin, 16 Januari 2017 | 9:38pm

Terbuka Australia: Pilihan utama wanita berhempas pulas


ANGELIQUE Kerber beraksi dalam perlawanan menentang Lesia Tsurenko pada saingan pertama Terbuka Australia di Melbourne, hari ini. - Foto EPA

MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi pemain Ukraine, Lesia Tsurenko dalam saingan pusingan pertama Terbuka Australia di sini, hari ini.

Penyandang juara dari Jerman itu yang mengakui melakukan banyak kesilapan sepanjang permainan mencatat kemenangan 6-2, 5-7, 6-2 dalam aksi yang berlangsung di Arena Rod Laver.

Kerber mengejutkan pilihan utama kejohanan, Serena Williams pada aksi final tahun lalu, sebelum memenangi Terbuka Amerika Syarikat, sekali gus memecahkan dominasi pemain Amerika Syarikat itu.

Dia tampil kali ini bukan saja untuk mempertahankan kejuaraan utama buat pertama kali, malah beraksi sebagai pilihan nombor satu kejohanan. Dan itu jelas menurut pemain berkenaan, membebankan.

"Dari permulaan lagi, saya cuba untuk beraksi baik. Saya cuba bermain seperti sepatutnya. Saya sebenarnya bermain dengan baik," katanya selepas perlawanan berkenaan. - AFP

Berita Harian X