Isnin, 16 Januari 2017 | 9:33pm

Terbuka Australia: Federer lepasi pusingan pertama


ROGER Federer bersalaman dengan Jurgen Melzer selepas memenangi perlawanan pusingan pertama Terbuka Australia di Melbourne Park, sebentar tadi. - Foto Reuters

MELBOURNE: Juara Grand Slam 17 kali, Roger Federer memenangi perlawanan pusingan pertama Terbuka Australia sebentar tadi, selepas kembali dari kecederaan serius pada tahun lalu.

Federer menundukkan pemain Austria, Jurgen Melzer 7-5, 3-6, 6-2, 6-2 dalam tempoh 2 jam 6 minit di Arena Rod Laver.

Bintang Switzerland yang diletakkan di ranking 17 ini bakal bertemu pemain Amerika Syarikat yang mara dari pusingan kelayakan, Noah Rubin pada pusingan kedua. - AFP

Berita Harian X