Isnin, 16 Januari 2017 | 8:07pm

TPM hadir majlis tahlil Tok Nan


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Zohari Abang Openg menghadiri Majlis Tahlil Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya. - Foto Nadim Bokhari

SANTUBONG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, malam ini.

Beliau tiba di Damai Jaya di sini pada jam 6.25 petang selepas menziarahi kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Samariang.

Turut menghadiri majlis itu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Berita Harian X