Isnin, 16 Januari 2017 | 6:47pm

Tunai janji PRN lalu bagi kenang jasa Adenan


ALLAHYARHAM Tan Sri Adenan Satem. - Foto Nadim Bokhari

PETRA JAYA: Barisan Nasional (BN) Sarawak boleh menghargai segala jasa dan perjuangan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, dengan membantu Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, menunaikan janji dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11, Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dokongan yang sama perlu diberikan kepada Abdul Rahman Zohari, seperti mana dokongan yang diberikan terhadap Adenan.

"Kini, Abang Jo (gelaran Abdul Rahman Zohari) menggalas tanggungjawab menterjemahkan segala janji yang dibuat pada PRN Sarawak lalu.

"Komponen BN Sarawak perlu bersatu hati menyokong Abang Jo meneruskan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri," katanya selepas menziarahi pusara Adenan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X