Isnin, 16 Januari 2017 | 2:40pm

Murid tabika cemas terperangkap

LAWAS: Seramai 11 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Hikmah di sini, mengharungi detik cemas selepas terperangkap hampir setengah jam dalam kelas akibat kerosakan kunci.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Lawas, Awang Arizal Awang Affandy, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Kita menggunakan peralatan khas untuk mengumpil dan membuka pintu kelas yang mengalami kerosakan kunci.

"Bomba mengambil masa enam minit untuk membuka pintu kelas itu bagi mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kelas berkenaan sejak jam 9.48 pagi," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jarak sekolah itu dari balai bomba dan penyelamat ialah dua kilometer (km).

38 dibaca
Berita Harian X