Jumaat, 13 Januari 2017 | 7:31pm

Reaksi pelantikan Ketua Menteri Sarawak


Menteri Pembanguan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. - Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

"Pengalaman, kredibiliti dan komitmen dimiliki Abang Jo adalah kelebihan baginya meneruskan legasi kepemimpinan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dalam membangun dan memajukan rakyat serta negeri." - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim

 

"Tahniah diucapkan kepada Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg atas perlantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam." - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

 

"Tahniah Abang Jo. Abang Jo seorang yang berkebolehan, pemimpin yang berpengalaman, sopan dan sudah terbukti kepemimpinannya." - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin

"Dengan pengalaman dan kualiti pimpinannya, saya percaya Datuk Abang Johari amat layak meneruskan usaha Tan Sri Adenan dalam membimbing Sarawak ke hadapan sebagai negeri pelbagai budaya, bersatu dan sederhana." - Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Tiong Lai.

"Bagi pihak MIC, saya mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak. Saya berharap kepemimpinan beliau meneruskan dasar ditetapkan bagi kesinambungan dalam pentadbiran Sarawak supaya lebih efisien dan berdaya maju." - Presiden MIC dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Saya yakin beliau dapat meneruskan usaha baik Allahyarham Tan Sri Adenan Satem supaya Sarawak terus makmur dan berjaya. Semoga Bumi Kenyalang bertambah maju dan membangun dengan kepemimpinan Ketua Menteri baharu." - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

 

Berita Harian X