Jumaat, 13 Januari 2017 | 5:51pm

PM ucap tahniah Ketua Menteri Sarawak Baharu


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Abang Johari Abang Openg di atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu, petang ini.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin Abang Johari akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem membawa Sarawak terus maju dan kekal makmur.

"Tahniah atas pelantikan dan selamat bertugas sebagai Ketua Menteri Sarawak," katanya dalam catatan terbaru di laman sosial, hari ini.

Berita Harian X