Jumaat, 13 Januari 2017 | 4:25pm
HONDA Malaysia melancarkan BR-V, crossover serba baharu yang mampu milik.

Digitorial: Honda Malaysia lancar BR-V, crossover serba baharu


BR-V, dengan pakej Modulo yang menawarkan Lower Garnish di bahagian bawah hadapan dan belakang, sisi bawah dan Tailgate Spoiler.

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia melancarkan model terbaharu daripada rangkaian crossover dengan tujuh tempat duduk yang bergaya dan penuh praktikal, Honda BR-V.

Dengan Dikenali sebagai Bold Runabout Vehicle, ia dibangunkan khas oleh Honda R&D Asia Pacific Sdn Bhd (HRAP) untuk pasaran ASEAN dan model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi, Operasi Serantau (Asia dan Oceania) Honda Motor Co Ltd, Noriaki Abe, merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co Ltd, berkata "pasaran ASEAN berkembang pesat dengan kepelbagaian walaupun pertumbuhan perlahan dicatatkan pada tahun lepas.

"Kami percaya bahawa taburan penduduk yang besar dan kuasa beli yang berterusan akan menyumbang kepada pertumbuhan pasaran kereta di rantau ini. Sebenarnya, jualan Honda mencatat lonjakan besar sebanyak hampir 70 peratus di rantau ini dalam tempoh lima tahun lalu, daripada kira-kira 240,000 unit kepada lebih 400,000 unit."

"Honda BR-V serba baharu yang dilancarkan ini dibangunkan secara eksklusif untuk rantau ASEAN, dan bagi pelanggan yang memerlukan ruang kenderaan yang lebih besar terutamanya.

"Kami menjangkakan bahawa permintaan untuk kenderaan SUV dan utiliti akan berkembang, mencerminkan keperluan pelanggan di rantau ini. Kami percaya bahawa BR-V serba baharu ini akan memenuhi keperluan pelanggan untuk kenderaan yang boleh memuatkan tujuh orang dengan selesa, serta menawarkan pemanduan lebih lancar pada pelbagai keadaan jalan raya di Malaysia," katanya.


MAJLIS pelancaran Honda BR-V.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi, kejayaan Honda Malaysia pada tahun berakhir 2016 adalah menjadi pengeluar bukan nasional yang pertama untuk mencapai kedudukan kedua dalam jumlah Volum Industri Keseluruhan (TIV) dengan bahagian pasaran sebanyak 15.8 peratus dan 91,830 unit jualan, melepasi sasaran mereka iaitu sebanyak 90,000 unit. Berikutan pencapaian ini, Malaysia mencapai bahagian pasaran kedua tertinggi sebagai antara operasi Honda di dunia.

Model serba baharu Honda BR-V ini dikuasakan enjin 1.5L i-VTEC serta kotak gear transmisi boleh laras berterusan (CVT) yang telah dibangunkan melalui teknologi Honda Earth Dreams bagi meningkatkan ekonomi bahan api dan memberikan prestasi pemanduan yang lebih baik.

Honda Malaysia telah mereka BR-V serba baharu ini sangat berpatutan tetapi masih penuh dengan ciri-ciri nilai tambahan. Dengan pengenalannya, ia melengkap rangkaian model kenderaan utiliti Honda Malaysia yang terdiri daripada CR-V yang juga adalah SUV dan HR-V sebagai Compact Crossover.

Padat dengan ciri-ciri praktikal dan nilai tambahan yang sesuai untuk kegunaan keluarga, Honda BR-V serba baharu juga memiliki tarikan dari segi penampilannya. Penampilan luaran SUV memberikan tanggapan kenderaan yang lasak dan aktif, manakala reka bentuk muka depan bersayap memberikan unjuran yang anggun.


BR-V Varian E berharga RM85,800 manakala Varian V pula RM92,800.

Untuk penampilan tampak agresif seakan kenderaan SUV, model ini dilengkapi dengan satu set roda aloi tona berkembar 16 inci, Rel Bumbung dan Lampu Pencahayaan Siang (DRL), serta kamera undur dan sensor untuk kemudahan pelanggan.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam BR-V serba baharu ini, anda akan terpesona dengan kemasan penuh gaya dan berkualiti tinggi, ruang yang besar dan Pendingin Hawa Belakang.

Varian V ialah varian lebih tinggi dengan menyediakan ciri-ciri premium segmen B seperti Paparan Audio 6.1" dan Pendingin Hawa Automatik, Butang Tekan Hidup dan Kemasukan Pintar (Smart Entry), potongan kemasan kulit, dan stereng kulit dengan suis kawalan audio.

Di samping itu, ciri-ciri praktikal Honda BR-V serba baharu terserlah dengan konfigurasi pelbagai tempat duduk dengan tempat duduk pada barisan kedua boleh dilaraskan dengan One Touch Tilt & Tumble yang mudah dalam konfigurasi 60:40. Bagi tempat duduk barisan ketiga pula, ia didatangkan dalam konfigurasi 50:50 Tilt & Tumble. Tanpa memakan ruang dalam kenderaan, ciri utiliti pemegang cawan untuk hingga sebelas biji cawan pasti membuatkan perjalanan bersama keluarga lebih menyeronokkan.


BR-V padat dengan ciri-ciri praktikal dan nilai tambahan yang sesuai untuk kegunaan keluarga.

Selain itu, Honda BR-V serba baharu ini dikenali dengan beberapa rekod seperti ruang barang terbesar (223 liter dengan semua kerusi dilipat, 539 liter dengan tempat duduk barisan ketiga dilipat), output enjin tertinggi (120PS) dan kelegaan tanah tertinggi (201mm).

Ciri-ciri keselamatan sentiasa menjadi keutamaan nombor satu dalam pembangunan BR-V serba baharu Honda ini. Justeru, Honda BR-V serba baharu ini telah dianugerahkan 5-Star NCAP ASEAN dan dilengkapi dengan Beg Udara SRS Dual Front, sistem Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Pemula Mendaki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Peleraian Brek Elektronik (EBD) dan ISO Fix.

Kehebatan Honda BR-V serba baharu ini juga ditingkatkan dengan naik taraf aspek Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH) yang merangkumi Bulkhead (BHD) untuk meredam bunyi; penebat untuk lapisan bumbung belakang, hud dan pintu serta getaran stereng yang lebih baik. Hasilnya, Honda BR-V serba baharu ini amat senyap dan selesa untuk perjalanan bersama keluarga.

Dengan dua varian seperti yang disebutkan di atas, Honda Malaysia menawarkan Honda BR-V serba baharu dalam varian E dan V. Kedua-dua varian direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Harga atas jalan termasuk insuran bagi Varian E adalah berpatutan iaitu RM85,800 manakala Varian V pula berharga RM92,800.

Model baharu ini boleh didapati dalam lima warna iaitu Dark Ruby Red Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Taffeta White dan warna terbaharu, Golden Brown Metallic.

Honda Malaysia menyasarkan jualan bulanan daripada BR-V serba baharu ini sebanyak 800 unit.

Honda BR-V serba baharu juga dilengkapi dengan tiga pakej aksesori serba boleh untuk meningkatkan lagi ciri eksklusif dan praktikal kereta. Pakej pertama iaitu Pakej Utility berharga RM1,280 termasuk visor pintu, bekas kargo, penyusun bonet, pelindung cahaya dan filem pelindung pintu. Sementara Pakej Urban merangkumi Tailgate Spoiler, Running Board dan Side Step Garnish dan dijual pada harga RM2,945. Bagi Pakej Modulo pula, harga ditawarkan ialah RM3,750 dengan menawarkan Lower Garnish di bahagian bawah hadapan dan belakang, sisi bawah dan Tailgate Spoiler.

Selain harga yang sangat menarik untuk Honda BR-V serba baharu, Honda Malaysia menawarkan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had pada selang servis 10,000km di mana-mana 88 pengedar Honda di seluruh negara.

Secara keseluruhannya, Honda BR-V serba baharu ditawarkan dalam pakej lengkap merangkumi keselamatan tertinggi, lega ruang tanah dan badan yang tinggi, keluasan ruang dan prestasi baik - semuanya bermula daripada RM85,800. Honda Malaysia amat komited menjadikan Honda BR-V serba baharu amat berpatutan kepada semua pelanggannya, menjadikannya sebagai pilihan bagi keluarga di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai BR-V Serba Baharu atau menempah untuk memandu uji, pelanggan boleh melawat ke mana-mana pengedar Honda yang berdekatan atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my/model/overview/brv.

Berita Harian X