Khamis, 12 Januari 2017 | 3:51pm
NAD Zainal bersama suami, Muhammad Faliq Amirudin dan anak mereka, Fahad.

Nad Zainal "pasang badan" lepas kahwin


PELAKON, Nad Zainal.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal, mengaku beliau kini lebih mengutamakan kecantikan selepas mendirikan rumah tangga.

Katanya, beliau berbuat demikian atas permintaan suaminya, Muhammad Faliq Amirudin, yang sememangnya mementingkan aspek penjagaan diri.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 27, turut berkata dirinya sekarang lebih feminin berbanding sifatnya yang lasak sebelum berkahwin.

"Saya membuang sifat malas untuk bersiap dan mengamalkan pengambilan Audela setiap hari. Malah, saya tidak akan memakai solekan tebal sekiranya tidak bekerja. Paling penting ialah penggunaan pelindung matahari untuk menjaga kulit.

"Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin semakin baik dan paling penting saya kini lebih feminin, terutamanya dari segi penampilan dan imej. Saya semakin mudah bangun pagi dengan rutin sebagai isteri dan ibu.

"Anak kami, Fahad, juga mudah dijaga dan tidak memberi masalah. Paling penting, dia boleh tidur dalam keadaan bising, mungkin kerana sejak lahir jiran ubah suai rumah, jadi dia sendiri sudah lali," katanya kepada BH.


NAD Zainal bersama suami, Muhammad Faliq Amirudin dan anak mereka, Fahad.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada 18 Disember 2015.

Dalam pada itu, Nad menjelaskan beliau segan apabila wajahnya disamakan dengan pelakon antarabangsa, Mila Kunis, kerana menganggap bintang popular itu jauh lebih cantik berbanding dirinya.

"Segan rasanya apabila ada yang menyamakan wajah kami kerana saya tidak nampak pun persamaan itu. Mungkin kesederhanaan dalam hidup yang 'sempoi', bersifat seperti budak lelaki dan kelakar membuatkan sesetengah peminat berasakan saya iras bintang Hollywood itu," kata Nad.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Nad ketika ini sibuk merakamkan program berbentuk travelog berjudul Citarasa Malaysia untuk siaran Ramadan nanti.

Selain itu, Nad juga menjayakan telefilem Dosa Perempuan yang akan disiarkan menerusi TV3 bulan depan.

115 dibaca
Berita Harian X