Selasa, 10 Januari 2017 | 6:01pm

Penutupan Lebuhraya DUKE

KUALA LUMPUR : Laluan Lebuhraya DUKE dari arah Gombak menghala ke Ampang/Ulu Klang/Setapak/Setiawangsa akan ditutup esok hingga 24 Januari ini bagi memberi laluan kepada kerja pelancaran rasuk projek Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE) Fasa 2.

Syarikat Konsesi Konsortium Lebuhraya Utara - Timur (KL) Sdn Bnd (KESTURI) dalam kenyataannya berkata laluan itu akan ditutup bermula jam 10 malam sehingga 6 pagi.

"Sebagai laluan alternatif, pengguna Lebuhraya DUKE dari arah Gombak boleh membuat pusingan U di laluan yang telah disediakan berhampiran dengan Plaza Tol Batu untuk menuju ke arah Ampang/Ulu Klang.

"Semua pengguna dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati di sepanjang kawasan kerja-kerja pembinaan dan mematuhi arahan pegawai trafik dan papan tanda lalu lintas yang diletakkan di sekitar kawasan tapak pembinaan.

"Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan berjalan, " katanya.

Untuk maklumat lanjut pengguna boleh layari laman web www.facebook.com/DUKEHighway atau hubungi talian hotline DUKE di 03-62513100.

Berita Harian X