Ahad, 14 Disember 2014 | 10:31pm

Kanak-kanak mati lemas selepas jatuh dalam longkang

bhkt@bh.com.my

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa mayat Mohamad Zarul Adha Rosmadi, 6, (gambar kecil) selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar ketika bermain bersama saudaranya di Kampung Ladang Hospital, Kuala Terengganu hari ini. - Foto Rozainah Zakaria

Kuala Terengganu: Seorang kanak-kanak ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Kampung Ladang Hospital, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohamad Zarul Adha Rosmadi, enam tahun terjatuh selepas bermain di longkang besar kira- kira jam 4.30 petang.

Mangsa dipercayai bermain bersama abang dan sepupunya, sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Pegawai Gerakan Operasi, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata seramai lima anggota bertugas menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, anggota bomba menyelusuri longkang sedalam empat meter dengan kedalaman air mencecah 1.5 meter itu selama 25 minit menuju ke longkang utama.

"Selepas kira-kira tiga jam mencari, mayat mangsa ditemui kira-kira 700 meter dari lokasi dia terjatuh jam 7.30 petang.

17 dibaca
Berita Harian X