Isnin, 9 Januari 2017 | 2:32pm

MCKIP sasar tarik pelaburan hingga RM10b tahun ini

KUALA LUMPUR: MCKIP Sdn Bhd mensasarkan untuk menarik RM8-RM10 bilion pelaburan ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Soam Heng Choon, berkata pihaknya berjaya menarik pelaburan berjumlah RM5.6 bilion pada tahun lalu.

Beliau berkata, ketika ini pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur di MCKIP.

"Setakat ini, jumlah keseluruhan kelulusan dan komitmen pelaburan di MCKIP berjumlah RM19 bilion dengan potensi mewujudkan lebih 24,000 peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pembukaan pejabat MCKIP di sini hari ini.

Pembukaan pejabat itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Pejabat MCKIP di ibu negara itu akan menjadi tempat pertemuan bagi pelabur berpotensinya dan menyediakan mereka bantuan dan perundingan serta sokongan yang diperlukan untuk melabur di MCKIP.

Malah pejabat itu juga menjadi platform untuk memaparkan kemajuan yang dicapai di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Berita Harian X