Ahad, 8 Januari 2017 | 5:11pm

Bas ekspres terbabas ke longkang lebuh raya


KEADAAN bas ekspres yang terbabas dan terbalik dalam longkang di kiri lebuh raya PLUS, dekat Kuala Kangsar. - Foto ihsan Bomba

KUALA KANGSAR: Sebuah bas ekspres membawa 14 penumpang terbabas ke longkang dan terbalik di Kilometer 233.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.12 petang itu, semua 14 penumpang dan pemandu bas berkenaan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber berkata, kemalangan membabitkan bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth itu dipercayai berlaku apabila pemandunya yang berusia 46 tahun hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas, memasuki longkang sebelah kiri lebuh raya dan terbalik.

"Semua mereka selamat, namun seorang penumpang lelaki yang cedera ringan dihantar ke Hospital Taiping dekat sini untuk rawatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, susulan kemalangan itu lorong kiri di laluan itu terpaksa ditutup dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira satu kilometer.


ANGGOTA polis trafik mengawal lalu lintas susulan lorong kiri terpaksa ditutup selepas sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 233.2 lebuh raya PLUS arah utara. - Foto ihsan PDRM

14 dibaca
Berita Harian X