Ahad, 8 Januari 2017 | 1:47pm

Sharifah Shahirah enggan hamil lagi


MANCHESTER United dijadual berdepan pasukan Wigan Athletic di Old Trafford pada pusingan keempat Piala FA.

KUALA LUMPUR: "Cukup-cukuplah lima anak. Anak pertama saya pun sudah berusia 20 tahun... tiada apa lagi yang saya harap melainkan keindahan ini berpanjangan," kata bintang serba boleh, Sharifah Shahirah, 42, yang melahirkan anak bongsu, November lalu.

Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal yang mesra disapa Shiera ini bersyukur masih berpeluang mengandung pada usia 40-an.

Namun, Shiera membuat keputusan dia enggan lagi menambah zuriat.

"Dengan perkahwinan sekarang, saya ada empat anak iaitu Airell yang berusia 13 tahun, Airra sekarang 10 tahun dan Audra menginjak lapan tahun.

"Terbaru, Adeena yang dilahirkan awal November lalu. Anak sulung saya, Alissya sudah berusia 20 tahun," katanya yang berkahwin dengan anak bintang veteran Maria Arshad iaitu Zulkifli Azahari atau Ijoy.

Sebelum ini, Shiera mendirikan rumah tangga dengan penyanyi berasal dari Singapura, Jatt. Bersama Jatt, Shiera memperoleh anak pertama, Alissya.

Selepas melahirkan Airra, Shiera pernah hamil enam bulan namun kandungannya gugur.

Sabtu lalu, Shiera mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul Adeena di rumah kelab Sunway Montana, Desa Melawati.

Bercerita mengenai cahaya mata bongsunya itu, Shiera tidak menduga peluang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah, Februari tahun lalu memberi rezeki untuknya menimang anak.

"Adeena ini kiranya anak Madinah. Tak sangka rezeki kami mendapatkan anak dipermudahkan ketika saya dan suami berada di Madinah.

"Jika diikutkan, saya sudah susah nak mengandung lagi. Bayangkan Audra sudah nak masuk usia lapan tahun sekarang. Alhamdulillah, saya dan suami menerima rezeki ini dengan hati terbuka," katanya.

Pada majlis aqiqah dan cukur jambul itu, teman artis seperti Nabil Ahmad, Linda Rafar, Nad Zainal dan Noorkhiriah turut hadir memeriahkan majlis.

Berita Harian X