Sabtu, 7 Januari 2017 | 1:13pm

Ular sawa 4 meter berlingkar di dapur


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selama berjaya menangkap ular sawa sepanjang empat meter di bahagian dapur sebuah rumah di Taman Kaya, Taiping. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

SELAMA: Penghuni sebuah rumah di Taman Kaya di sini, terkejut apabila menemui seekor ular sawa sepanjang kira-kira empat meter di dapur rumahnya malam tadi.

Reptilia itu ditemui pemilik rumah dalam keadaan berlingkar sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.58 malam mengenai kejadian itu sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke rumah berkenaan.

"Kami bertindak menggunakan penjerut untuk menangkap ular berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam sangkar.

"Reptilia itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian X