Sabtu, 7 Januari 2017 | 1:05pm
ANGGOTA bomba dan penyelamat memadamkan api kebakaran yang membabitkan 8 buah kedai dalam kejadian pada pukul 8.00 pagi di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting. - Foto Muhammad Sulaiman
SEBAHAGIAN daripada 8 buah kedai yang terbabit dalam kebakaran pada pukul 8.00 pagi di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting. - Foto Muhammad Sulaiman

Lapan kedai di Banting musnah terbakar


KEBAKARAN membabitkan 8 buah kedai dua tingkat di hadapan pejabat pos lama jalan Sultan Alam Shah. - Foto Ihsan Bomba

BANTING: Lapan kedai dua tingkat di Jalan Sultan Alam Shah di sini, antaranya restoran dan barangan elektrik, musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.40 pagi sebelum 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting; BBP Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, api marak dengan cepat berikutan ada antara kedai terbabit dibina daripada kayu.

"Bagaimanapun api dapat dikawal pada jam 9.45 pagi tadi. Ketika ini siasatan masih dilakukan di lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca dan anggaran kerugian," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu.

Berita Harian X