Jumaat, 6 Januari 2017 | 4:13pm

Remaja lemas ketika mandi di pintu air


MANGSA,R Arihaaran 14, ditemui sekitar jam 2.40 petang oleh unit skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada jarak enam meter dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam di Parit Alor Simpang, Dennistown. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.

UNIT Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar mencari mangsa yang dilaporkan lemas sewaktu mandi di pintu air Parit Alor Simpang, Dennistown,Parit Buntar. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.

PARIT BUNTAR: Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama rakannya di pintu air berhampiran Parit Alor Simpang, Dennistown, di sini hari ini.

Mayat R Arihaaran, 14, ditemui anggota unit selam skuba bomba jam 2.40 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, Shahrul Nizam Murad, berkata sembilan anggota melakukan tugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa selepas menerima laporan kejadian itu pada jam 11.15 pagi.

Katanya, empat anggota Unit Selam skuba dari BBP Kuala Kangsar serta 10 anggota Bomba Sukarela Parit Buntar dan Nibong Tebal terbabit dalam usaha itu.

"Operasi SAR dimulakan jam 12 tengah hari sebelum dibantu unit selam skuba dua jam kemudian. Pada jam 2.40 petang tadi, mayat mangsa ditemui pasukan skuba pada jarak enam meter dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X