Selasa, 3 Januari 2017 | 11:11pm

Kanak-kanak perempuan lemas dalam tali air


KEADAAN air bertakung di lokasi kejadian di Kampung Bemban, Kangkong, Pasir Mas, hari ini. - Foto ihsan polis

PASIR MAS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun lemas selepas tergelincir di tali air di Kampung Bemban, Kangkong di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa, Aumuni Abdul Rahman, tergelincir ketika mahu melihat air di tali air terbabit.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad, berkata mayat kanak-kanak berkenaan dijumpai penduduk kampung di tempat yang sama.

"Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya, Zarina Seman,35, pergi ke tali air untuk meninjau keadaan air di kawasan itu. Dalam keadaan tidak disedari ibunya, mangsa tergelincir ketika berdiri di tebing lalu dihanyutkan arus deras ke dalam saluran air.

"Mayat mangsa itu ditemui oleh penduduk kampung yang berada di lokasi. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lati untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian X