Selasa, 3 Januari 2017 | 7:03am

Defoe buat Liverpool 'putih mata'


PEMAIN Sunderland, Jermain Defoe menjaringkan gol pertama pada aksi perlawanan menentang Liverpool. - Foto Reuters

LONDON: Jermain Defoe menyempurnakan dua sepakan penalti untuk membantu pasukan di kedudukan ketiga tercorot, Sunderland mengikat Liverpool 2-2, malam tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan Sunderland berjaya menghalang Liverpool daripada merapatkan jurang mata dengan Chelsea yang berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool mendahului dua kali menerusi jaringan Daniel Sturridge dan Sadio Mane, namun dua jaringan penalti Defoe itu bermakna Chelsea boleh menjarakkan kedudukan kepada lapan mata jika mereka menang di Tottenham Hotspur, Khamis ini.

"Saya tidak dapat menjelaskannya kerana saya tidak tahu apa yang saya lihat," kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp.

"Pasukan saya sudah berjuang, tetapi saya tidak pasti sama ada mereka boleh melakukannya."

Manchester City yang tewas 0-1 di Liverpool pada malam Tahun Baharu pula bangkit dengan meraih kemenangan 2-1 ke atas Burnley walaupun Fernandinho dibuang padang pada babak pertama.

Liverpool yang cuba melebarkan rekod lima kemenangan berturut-turut dalam liga kini kurang lima mata daripada Chelsea manakala City dua mata di belakang di tempat ketiga.

Sementara itu, Manchester United ketinggalan satu mata daripada kelompok empat teratas selepas jaringan Juan Mata dan Zlatan Ibrahimovic berjaya membatu The Red Devils meraih kemenangan 2-0 ke atas West Ham United yang beraksi dengan 10 pemain. - AFP

Berita Harian X