Jumaat, 30 Disember 2016 | 2:50pm

Terkini: 6 maut lombong arang batu runtuh


ENAM mangsa berjaya ditemui setakat ini susulan kejadian lombong arang batu runtuh di Jharkhand. - Sumber ndtv.com

PATNA: Seorang pegawai berkata sekurang-kurangnya enam pekerja terbunuh dan ramai lagi terperangkap di lombong arang batu di negeri Jharkhand dekat timur India .

Pengurus Besar Rajmahal Open CAst Mines, S.K. Singh berkata insiden berlaku lewat semalam dan diburukkan lagi dengan kabut tebal yang menghalang petugas penyelamat memasuki lombong sehingga awal pagi Jumaat ini.

Media tempatan melaporkan, seramai 40 pekerja dikhuatiri terperangkap dalam lombong.

Namun menurut Singh, hanya 10 kenderaan masuk ke lombong kerana hanya seorang pekerja dibenarkan untuk setiap satu kenderaan perlombongan mengikut peraturan keselamatan syarikat. - AP

Berita Harian X