Khamis, 29 Disember 2016 | 9:44pm

7, termasuk wanita hamil mati ditembak

PEGAWAI polis Filipina mengawal lokasi kejadian beberapa lelaki bersenjata yang menembak mati tujuh orang membabitkan dadah. - Foto AFP

MANILA: Beberapa lelaki bersenjata menembak mati tujuh orang, termasuk tiga remaja dan seorang wanita mengandung dalam satu pergaduhan yang disyaki membabitkan dadah.

Ketua Superintendan Polis, Roberto Fajardo, berkata seorang daripada empat suspek dalam insiden tembakan di bandar Caloocan itu ditahan selepas dikenal pasti oleh seorang mangsa serangan yang terselamat.

Fajardo merangkap ketua polis daerah itu berkata, dalam kejadian itu, beberapa lelaki menyerbu masuk sebuah rumah yang disyaki menjadi sarang penagih dadah dan mula melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki muda yang sedang menari.

Kumpulan penyerang itu kemudian mengejar lelaki yang melarikan diri ke rumah berhampiran, di mana seorang wanita mengandung bersama ibu mentuanya turut ditembak mati.

Beribu-ribu orang dibunuh sejak Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, melancarkan operasi antinarkortik sejak Jun lalu. - AP

Berita Harian X