Khamis, 29 Disember 2016 | 12:26am

Kanak-kanak lemas jatuh sungai di Senawang

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas di sungai berhampiran rumahnya di Taman Senawang Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata dalam kejadian jam 6 petang, mangsa ditemui oleh bapanya sendiri selepas 15 minit mencarinya di kawasan itu.

"Seorang rakan kanak-kanak itu datang memberitahu bapa bahawa anaknya terjatuh ke sungai.

"Bapanya segera keluar mencari di kawasan itu sebelum menemui mangsa terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sungai itu," katanya di sini, malam ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) menggunakan ambulans dan disahkan sudah meninggal dunia.

Berita Harian X