Selasa, 27 Disember 2016 | 12:32pm

Firmino didakwa memandu dalam keadaan mabuk


ROBERTO Firmino. - Foto EPA

LONDON: Bintang Liverpool, Roberto Firmino didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk selepas ditahan pada awal pagi menjelang Krismas.

Firmino ditahan oleh polis ketika memandu di pusat bandar Liverpool pada 24 Disember dan kemudiannya didakwa atas kesalahan itu.

"Polis Merseyside mendakwa seorang lelaki berusia 25 tahun memandu dalam keadaan mabuk selepas keretanya ditahan di pusat bandar Liverpool pada awal Sabtu, 24 Disember 2016," kata jurucakap polis Merseyside Polis kepada Guardian semalam.

"Roberto Firmino, dari Liverpool, akan muncul di Mahkamah Majistret Liverpool pada 31 Januari."

Penyerang Brazil, Firmino, 25, ketika ini sedang dalam persiapan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris menentang Stoke di Anfield awal pagi esok.

Tarikh perbicaraannya bakal menimbulkan masalah buat skuad kendalian Jurgen Klopp yang akan bertemu pendahulu liga, Chelsea di Anfiel pada tarikh terbabit.

Firmino adalah perancang utama Liverpool dan sudah menjaringkan 17 gol, termasuk enam musim ini, dalam 67 penampilan sejak menyertai Liverpool dari Hoffenheim pada Julai 2015. - AFP

Berita Harian X