Khamis, 22 Disember 2016 | 9:43pm
PENGURUS Visa Malaysia, Ng Kong Boon. - Foto Azhar Ramli

Rakyat Malaysia terima baik Visa payWave

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mengendalikan lebih daripada sejuta transaksi tanpa sentuh Visa payWave pada November 2016, iaitu 10 kali lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Pengurus Visa Malaysia, Ng Kong Boon, percaya pertumbuhan itu berikutan peningkatan pengeluaran kad Visa payWave oleh bank.

Kad itu juga diterima secara meluas oleh peruncit, didorong pula oleh pertambahan bilangan peniaga baharu dalam segmen 'setiap hari', seperti pasar raya, kafe dan rangkaian makanan segera, farmasi, pawagam serta gedung serbaneka.

Visa Malaysia dalam kenyataan, hari ini, berkata ketika ini, ada lebih 15 pengeluar yang mengeluarkan kad payWave Visa di Malaysia.

"Ini jelas membuktikan rakyat Malaysia menerima Visa payWave sebagai kaedah pembayaran yang lebih cepat, lebih mudah dan terjamin.

"Trend aliran menaik ini akan terus mendapat momentum apabila kami meluaskan lagi Visa payWave kepada lebih banyak kategori peniaga," katanya.

INFO

* Visa payWave adalah teknologi pembayaran tanpa sentuh berasaskan Europay, Mastercard dan Visa chip

* Pemegang kad hanya perlu mengimbas kad pembayaran mereka pada mesin pengimbas tanpa sentuh

* Dalam beberapa saat, pembayaran selesai dan tidak perlu tanda tangan atau nombor pengenalan peribadi bagi pembelian bawah had transaksi RM250.

Berita Harian X