Rabu, 21 Disember 2016 | 12:40pm

Jenazah Dr Kamarudin selamat dikebumikan

KAJANG: Jenazah bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal di sini, pagi ini.

Lebih 100 orang termasuk saudara mara dan kenalan Allahyarham hadir pada majlis pengebumian jam 10.55 pagi termasuk Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharif Othman.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Allahyarham yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan bekas Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), meninggal dunia pada jam 8.40 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Che Tom Osman, 80; empat anak dan 13 cucu.


CHE Tom menabur bunga di pusara Allahyarham Dr Kamarudin, sambil dibantu anak kedua, Kalam Azam Kamarudin 54, di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
BEKAS Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar meninggal dunia pada jam 8.40 malam tadi di Institut Jantung Negara. - Foto BERNAMA
Berita Harian X