Rabu, 21 Disember 2016 | 10:08am

Messi lebih layak menang Ballon d'Or - Bartomeu


BINTANG Barcelona, Lionel Messi. - Foto AFP

BARCELONA: Bintang Barcelona, Lionel Messi perlu memenangi anugerah Ballon d'Or anugerah setiap tahun, menurut presiden kelab, Josep Maria Bartomeu selepas pemain Argentina itu ditewaskan oleh pesaing dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

"The Ballon d'Or perlu menjadi milik Messi setiap tahun kerana dia adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak," kata Bartomeu.

"Ada pemain lain yang bagus tetapi Messi sudah pasti nombor satu."

Ronaldo dinobatkan pemain bola sepak terbaik dunia buat kali keempat pada awal bulan ini dan menghampiri rekod Messi yang memegang rekod terbanyak memenanginya dengan lima gelaran.

Keputusan itu hangat dipersoalkan di Camp Nou, terutamanya selepas prestasi cemerlang Messi yang membantu kelab itu menewaskan Espanyol, 4-1, pada awal pagi Isnin lalu.

Begitupun, Ronaldo dipilih kerana membantu Real menjuarai Liga Juara-Juara dan menjadi tonggak kemenangan Portugal pada Euro 2016.

Ballon d'Or menjadi milik antara Ronaldo dan Messi sejak sembilan tahun lalu, sejak Kaka dari Brazil memenanginya pada 2007. - AFP

Berita Harian X