Khamis, 11 Disember 2014 | 8:39am

Barcelona benam PSG 3-1 untuk juarai kumpulan


PENYERANG Barcelona, Luis Suarez meledak gol ketiga pasukannya. - Foto EPA

BARCELONA: Penyerang trio Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez menghasilkan gol apabila Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Paris Saint-Germain 3-1 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Namun kedua-dua pasukan sudahpun layak ke pusingan 16 pasukan terakhir namun perlawanan itu cuma untuk menentukan tempat pertama dan kedua kumpulan.


PEMAIN tengah Barcelona dari Argentina, Javier Mascherano (kiri) mengasak pemain Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah kumpulan F di Stadium Nou Camp, Barcelona awal pagi tadi. Barcelona menang 3-1. - Foto AFP

Juara Liga Perancis itu bagaimanapun memerlukan satu mata di Camp Nou manakala Barcelona pula perlu menang untuk menjuarai kumpulan berkenaan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu menggegarkan jaring Barca menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-15.

Barcelona yang membarisi semua penyerang bintangnya bangkit dengan jaringan penyamaan oleh Messi pada minit ke-19.

Sebelum tamat separuh masa pertama, penyerang Brazil, Neymer menyumbat masuk untuk memberi kelegaan kepada skuad bimbingan Luis Enrique itu.


PEMAIN tinggi lampai Paris St Germain, Zlatan Ibrahimovic (kiri) mengucapkan tahniah kepada penyerang Barcelona, Lionel Messi selepas pasukannya tewas 1-3. - Foto Reuters

Suarez pula meledak untuk gol ketiga Barca pada minit ke-77 sekali gus meranapkan rekod tanpa kalah PSG musim ini di peringkat Eropah. - AFP

Berita Harian X