Ahad, 18 Disember 2016 | 2:35pm
SEBAHAGIAN peserta ketika Majlis Khatam Perdana sempena Maulidur Rasul di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. - Foto Khairull Azry Bidin

1,500 umat Islam hadir Majlis Khatam Perdana

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,500 umat Islam menghadiri Majlis Khatam Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, di sini hari ini.

Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Datuk Ibrahim Tahmbychik, berkata majlis ilmu seperti ini dapat memartabatkan al-Quran sebagai modal insan mukmin teras umat Islam masa kini.

"Umat Islam perlu membaca al-Quran setiap hari kerana ia mengandungi pelbagai mukjizat yang boleh membawa manusia kepada kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

"Sehubungan itu, ia (program ini) yang diadakan kali pertama di masjid ini dapat membantu membudayakan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam, sekali gus menghayati dan memahami isi kandungan kitab suci ini.

"Malah, kemungkinan besar kita akan anjurkan program ini secara tahunan berikutan penyertaan dan sambutan yang amat menggalakkan," katanya ketika ditemui BH di sini, hari ini.

Berita Harian X