Rabu, 10 Disember 2014 | 8:44pm

Kulim Energy ambil 60 peratus ekuiti PT Citra Sarana

KUALA LUMPUR: Kulim Energy Nusantara Sdn Bhd, anak syarikat Kulim (Malaysia) Bhd, akan mengambil alih 60 peratus ekuiti dalam PT Citra Sarana Energi (CSE) dengan nilai RM462.68 juta.

CSE adalah syarikat pegangan pelaburan dan terbabit dalam penerokaan dan pembangunan medan minyak dan gas di Blok Barat Daya Bukit Warisan, Sumatera Tengah, Indonesia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kulim menyatakan pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi dana yang dijana dari dalam.

"Cadangan itu konsisten dengan pelan perniagaan jangka panjang Kulim untuk mempelbagai kegiatan perniagaannya dalam sektor lain selain perladangan kelapa sawit, bagi menampung sebarang turun naik dalam pendapatan," menurutnya.

Pengambilalihan itu dijangka selesai dalam separuh pertama tahun depan.

- BERNAMA

Berita Harian X