Sabtu, 17 Disember 2016 | 9:27pm

PKK dalang pengeboman - TPM Turki


KEJADIAN serangan bom terhadap bas tentera Turki di Kayseri, Turki. - Foto AP

ISTANBUL: Semua tanda-tanda setakat ini menunjukkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan adalah dalang serangan bom terhadap bas tentera Turki yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

"Semua petunjuk menjurus kepada PKK. Kita perlu mengambil kira semua kemungkinan tetapi tanda-tanda itu menjurus kepada PKK," kata Timbalan Perdana Menteri dan jurucakap kerajaan, Numan Kurtulmus, kepada NTV. - AFP

Berita Harian X