Rabu, 10 Disember 2014 | 8:28pm

Pasaran getah ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini meskipun prestasi komoditi itu meningkat di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran terjejas setelah ringgit kukuh serta harga minyak mentah yang terus lemah.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 2.5 sen kepada 492 sen sekilogram manakala lateks pukal turun dua sen kepada 350 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi gred tayar SMR 20 susut lima sen kepada 492 sen sekilogram manakala lateks pukal turun dua sen kepada 349 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X