Sabtu, 17 Disember 2016 | 12:27pm
Keadaan kereta selepas kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang meragut tiga nyawa awal pagi tadi.

Tiga maut kereta terbabas


Keadaan kereta selepas kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang meragut tiga nyawa awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Tiga maut apabila kenderaan mereka naiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 13.7 Lebuhraya Damansara-Puchong di sini, awal pagi tadi.

Mangsa terbabit Lee Ka Peng, 31, Lai Pei Jian, 25, dan Lee Siew Pheng, 23, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 pagi membabit sebuah kereta Honda Civic.

"Polis menerima laporan kemalangan sekitar jam 3.45 dan hasil siasatan mendapati kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok.

"Kesemua mangsa di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi pengecaman oleh keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X