Rabu, 10 Disember 2014 | 5:55pm

Bekalan minyak sawit November meningkat 5.16 peratus

KUALA LUMPUR: Bekalan minyak sawit Malaysia meningkat 5.16 peratus kepada 2.27 juta tan pada akhir November 2014 berbanding 2.16 juta tan yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, bekalan minyak sawit mentah (MSM) meningkat 9.09 peratus kepada 1.3 juta tan manakala minyak sawit diproses meningkat 0.34 peratus kepada 975,144 tan bagi bulan berkenaan.

Bekalan isi rung sawit susut 17.56 peratus kepada 165,193 tan manakala minyak isi rung sawit mentah susut 10.85 peratus kepada 181,374 tan. Bekalan minyak isirung sawit diproses pula merosot 10.76 peratus kepada 133,363 tan pada November manakala bagi kek isirung sawit susut 1.60 peratus kepada 378,055.

MPOB berkata, pengeluaran MSM pada November berkurangan 7.52 peratus kepada 1.75 juta tan berbanding 1.89 juta tan pada bulan sebelumnya. Pengeluaran isirung sawit juga merosot 8.43 peratus kepada 430,391 tan manakala keluaran minyak isirung sawit mentah susut 1.02 peratus kepada 215,630 tan dan pengeluaran kek isirung sawit turun 0.97 peratus kepada 238,828 tan.

Eksport minyak sawit merosot 6.11 peratus kepada 1.51 juta tan pada November 2014 berbanding Oktober manakala eksport minyak isi rung sawit merosot 2.35 peratus kepada 120,413 tan.

Eksport bio diesel meningkat 1,285.46 peratus kepada 22,753 tan.

Import MSM pada Oktober susut 17.12 peratus kepada 53,084 tan manakala minyak sawit diproses meningkat 142.33 peratus kepada 45,856 tan.

- BERNAMA

14 dibaca
Berita Harian X