Ahad, 11 Disember 2016 | 8:37pm
SULTAN Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Muhammadi di Kota Bharu, malam ini.

Sultan Kelantan hadir sambutan Maulidur Rasul


SULTAN Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Muhammadi di Kota Bharu, malam ini.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Muhammadi di sini, malam ini.

Baginda turut diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Sultan Muhammad V berkenan untuk solat Maghrib yang diimamkan Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah.

Baginda turut berkenan mendengar ceramah khas sempena Maulidur Rasul yang disampaikan Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Sambutan itu yang dihadiri ribuan jemaah kemudiannya disusuli dengan solat Isyak berjemaah, berzanji dan qasidah serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. - BERNAMA

37 dibaca
Berita Harian X